PEPERIKSAAN PT 3 2014
SMKTP GEMILANG!
PEPERIKSAAN SPM 2014
SMKTP CEMERLANG!

 

 

PDF Print E-mail

SMK TANJUNG PENGELIH 81600 PENGERANG, JOHOR

SMK Tanjung Pengelih terletak dalam daerah Kecil Pengerang, lebih kurang 94 km dari Bandar Kota Tinggi, bersebelahan dengan Pusat Latihan Rekrut Tentera Laut Diraja Malaysia (PULAREK) KD Sultan Ismail. Sekolah ini telah dibina di atas sebuah rezab tanah kerajaan yang terletak di kawasan pinggir laut, yang asalnya adalah merupakan satu kawasan berpaya.

SMK Tanjung Pengelih adalah merupakan salah satu sekolah yang telah dibina oleh Kementerian Pendidikan Malaysia berkonsepkan" Design and Build' melalui pihak Project Managment Consultant (PMC).

Berjiran dengan dua buah sekolah Kebangsaan iaitu SK Pengerang dan SK Tanjung Pengelih, sebuah sekolah Agama Pengerang. Perumahan Jabatan Laut, Balai Polis Pengerang, Klinik Kesihatan Pengerang, Pejabat Pos dan Bangunan JKR Cawangan KDSI.

Detik kelahiran sekolah ini bermula dengan termetrainya perjanjian yang telah ditandatangani pada 20 Mei 2000 di antara Kementerian Pendidikan Malaysia, pihak Konsultan Projek, Umi-Ross Project Management Sdn Bhd dan pihak kontraktor, Stesen Kontraktor Sdn Bhd. Kerja-kerja awal pembinaan bermula pada pertengahan bulan Jun 2000 dengan kerja-kerja pembersihan dan meratakan tapak yang kemudiannya diikuti dengan pembinaan struktur bangunan yang memakan masa 2 tahun.

Walaupun pada peringkat awalnya keseluruhan projek pembinaan sekolah ini dijangka siap pada 28 Ogos 2001, di sebabkan beberapa masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan, maka penyerahan bangunan sekolah masih tertangguh. Namun begitu, seperti mana yang diarahkan oleh pihak Jabatan Pendidikan Johor, sekolah ini tetap memulakan operasinya secara rasmi pada 1 September 2003 dengan cara membuka cawangan di SMK Tanjung Datuk yang merupakan (feeder school) kepada sekolah ini pada peringkat awal.

Satu Majlis Perasmian Pengoperasian Sekolah ini telah dilakukan oleh Tuan Haji Mohd Basari Bin Abdul Manan, Ketua Sektor Pendidikan Islam dan Moral Jabatan Pendidikan Johor selaku wakil Rasmi Pengarah Jabatan Pendidikan Johor pada 2 September 2003 di Dewan SMK Tanjung Pengelih.

Pada peringkat awal operasi sekolah ini, kumpulan pertama seramai 83 pelajar ( 39 pelajar tingkatan 1 dan 44 pelajar tingkatan 2) dan 4 orang guru, iaitu Cik Azilah bt Anuar, Cik Nurelisza bt Md Noh, Cik Norhasah bt Abu hassan dan Pn. Norhara bt Ahmad.Sebagai tanda ingatan kelas ini dinamakan Tingkatan 1 Perdana dan tingkatan 2 Perdana.

Tugas- tugas persiapan awal sekolah ini telah dikendalikan oleh seorang penyelaras iaitu En. Rosli bin Ibrahim( bermula 28 April 2003 dan seterusnya dilantik sebagai GPK Pentadbiran mulai 1 ogos 2003). Pengetua Pertama sekolah ini adalah Tn. Hj. Osman bin Ahmad ( Allahyarham) bermula pada 16 Jun 2003. Tuan Hj. Laderlah bin Abd Ratib bertugas sebagai kaunselor pelajar pada 27 Ogos 2003.

Pada 7 Januari 2004, pelajar tingkatan 1, 2 dan 3 dan guru-guru yang menumpang di SMK Tanjung Datuk telah berpindah masuk ke bangunan sekolah sekarang. Bilangan guru telah bertambah dari 7 kepada 10 orang. Tiga orang guru yang melaporkan diri adalah terdiri daripada Pn. Hjh. Syarifah Ramilah bt Syed Shekh(PK HEM), Pn. Norsham bt Md Shah (PK KoKurikulum) dan Pn. Salmah bt Abd rahman (Guru Pendidikan Islam).

Kumpulan pertama pelajar yang menduduki PMR bermula tahun 2004 dan kumpulan pertama pelajar yang menduduki SPM bermula pada tahun 2005.

Pada 24 Oktober 2004 SMKTP telah ditadbir oleh En. Aswan Bin Pardi dan di bantu oleh GPK Pentadbiran En Sairi Jasman ( 16 Mac 2007- 16 April 2007) dan En. Mohd Azli Bin Jopri ( bermula 25 Jun 2007) sementara itu GPK Ko Kurikulum adalah Pn.Hjh. Aslina bt Mohd khanafi ( bermula 16 Februari 2004). Mulai 1 Ogos 2008 sekolah ini telah mempunyai seorang GKMP Sains & Matematik iaitu Tn. Syed Abd Razib bin Syed Abd Majid dan pada 15 Jun 2009 seorang GKMP Sains Sosial telah melaporkan diri iaitu Ustaz Muliadi bin Umat@Bidin.

Sehingga kini seramai 40 orang guru telah berkhidmat di sekolah ini dan jumlah guru kini adalah seramai 21 orang (19 orang telah berpindah keluar termasuk Tuan Pengetua Pertama Allahyarham Tuan Haji Osman bin Ahmad yang meninggal dunia semasa berkhidmat sebagai Pegawai Nazir Persekutuan Sabah). Sementara itu staf sokongan seramai 8 orang telah berkhidmat di sekolah ini dan seorang daripadanya telah berpindah ke Lumut Perak.

Sepanjang temph sekolah ini telah mencapai kejayaan di PeringkatNegeri Johor seperti pencapaian 100 % SPM pada tahun 2006 dan Anugerah Lonjakan Saujana GPS SPM Negeri Johor tahun 2008.

 

 

TEMUI KAMI DI FACEBOOK

GAMBAR AKTIVITI BOLEH LIHAT DI FACEBOOK KAMI


PENGETUA TERCINTA

 

 

[ Tukar Kawasan ]
Tutup

Info Sekolah

12 OKT 2014
Program Doa Restu
Pentaksiran Tingkatan 3



13-16 OKT 2014
Pentaksiran Tingkatan 3
Semoga Berjaya Anak Pelajar!



30 OKT 2014
Anugerah WARNA
Menghargai Pelajar



02-20 NOV 2014
Program Selepas PT 3
Aktiviti Berfaedah



NOV 2014
Aktiviti Sekolah
1.PAT Tingkatan 1&2
2.Lawatan Ke LEGOLAND
3.Program Selepas Peperiksaan
4.Sehari Bersama Kolej Komuniti
5.Peperiksaan SPM

Undian

Apa Pandangan Anda Tentang Laman Web Ini?
 
Jika anda lepasan STPM, STAM atau Matrikulasi, bagaimanakah anda ingin memanfaatkan cuti sementara menunggu kemasukan ke IPT?
 

Mesej



We have 13 guests online

Jumlah Pelawat

:: PENAFIAN ::

Pihak SMKTP tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat atau bahan di dalam laman web ini. Segala bahan untuk dimuat turun (download) adalah berdasarkan kesesuaian dan keperluan.



Laman web ini sesuai dipapar menggunakan pelayar Internet Explorer 8.0 ke atas dan Mozilla Firefox 3.0 ke atas.


SMK TANJUNG PENGELIH

81600 Pengerang Johor Darul Takzim

Tel/Fax :

+607-8253610

Emel :

smktanjungpengelih@yahoo.com.my

Laman Web :

www.smktanjungpengelih.edu.my

Blog :

www.smktanjungpengelih-jea3054.blogspot.com