PEPERIKSAAN PT 3 2014
SMKTP GEMILANG!
PEPERIKSAAN SPM 2014
SMKTP CEMERLANG!

 

 

PDF Print E-mail

Kata-Kata Aluan YDP PIBG


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Terlebih dahulu saya mengucapkan tahniah kepada  Pn Pengetua dan Webmaster kerana dapat mewujudkan laman web ini. Sememangnya telah menjadi hasrat  saya sekian lama untuk melihat laman web ini seiring dengan perkembangan teknologi sekarang di mana segala maklumat boleh diakses melalui hujung jari sahaja. Maka alhamdulilah, pada hari ini ianya telah dapat direalisasikan hasil kerja keras semua AJK dan pihak sekolah.

 

Antara tujuan utama laman web ini diwujudkan adalah bagi memberi ruang kepada semua ibu bapa dan guru untuk sama-sama memberikan idea dan pendapat bagi memajukan sekolah serta membantu kemajuan anak-anak kita samada secara online atau pun pesanan emel. Seiring dengan kemajuan internet masa kini, web ini diharapkan sebagai penyelesaian alternatif kepada masalah berkaitan penglibatan pasif di kalangan ahli PIBG.

 

Terdapat pelbagai maklumat dan informasi yang boleh diakses oleh semua ahli menerusi laman web ini. Saya percaya, web admin portal ini akan cuba untuk memuat naik maklumat-maklumat terbaru dan semasa bagi rujukan semua ahli . Saya percaya dengan menggunakan saluran fasiliti internet yang telah tersedia di sekolah ini dan di seluruh Negara, laman web ini  berkemampuan untuk  menjadi penyelesaian kepada medium penyebaran  infomasi dan merapatkan jurang komunikasi di antara ibu bapa dan guru.

Harapan saya semoga web yang dibangunkan ini akan dapat dimanafaatkan oleh semua ahli demi untuk kemajuan anak-anak kita.

Selamat melayari www.smktanjungpengelih.edu.my.

 

Kdr Zainol Bin Ahmad TLDM

YDP Persatuan Ibu Bapa Dan Guru [PIBG]

SMK Tanjung Pengelih 81600 Pengerang Johor


 

 

 

 

 

TEMUI KAMI DI FACEBOOK

GAMBAR AKTIVITI BOLEH LIHAT DI FACEBOOK KAMI


PENGETUA TERCINTA

 

 

[ Tukar Kawasan ]
Tutup

Info Sekolah

12 OKT 2014
Program Doa Restu
Pentaksiran Tingkatan 3



13-16 OKT 2014
Pentaksiran Tingkatan 3
Semoga Berjaya Anak Pelajar!



30 OKT 2014
Anugerah WARNA
Menghargai Pelajar



02-20 NOV 2014
Program Selepas PT 3
Aktiviti Berfaedah



NOV 2014
Aktiviti Sekolah
1.PAT Tingkatan 1&2
2.Lawatan Ke LEGOLAND
3.Program Selepas Peperiksaan
4.Sehari Bersama Kolej Komuniti
5.Peperiksaan SPM

Undian

Apa Pandangan Anda Tentang Laman Web Ini?
 
Jika anda lepasan STPM, STAM atau Matrikulasi, bagaimanakah anda ingin memanfaatkan cuti sementara menunggu kemasukan ke IPT?
 

Mesej



We have 9 guests online

Jumlah Pelawat

:: PENAFIAN ::

Pihak SMKTP tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat atau bahan di dalam laman web ini. Segala bahan untuk dimuat turun (download) adalah berdasarkan kesesuaian dan keperluan.



Laman web ini sesuai dipapar menggunakan pelayar Internet Explorer 8.0 ke atas dan Mozilla Firefox 3.0 ke atas.


SMK TANJUNG PENGELIH

81600 Pengerang Johor Darul Takzim

Tel/Fax :

+607-8253610

Emel :

smktanjungpengelih@yahoo.com.my

Laman Web :

www.smktanjungpengelih.edu.my

Blog :

www.smktanjungpengelih-jea3054.blogspot.com