PEPERIKSAAN PT 3 2014
SMKTP GEMILANG!
PEPERIKSAAN SPM 2014
SMKTP CEMERLANG!

 

 

PDF Print E-mail

Kata-Kata Aluan Pengetua


Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia


Syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izinnya SMK Tanjung Pengelih telah  mengorak langkah ke hadapan dengan mempunyai sebuah laman web yang menyediakan pelbagai imformasi untuk seluruh warga sekolah. Sesungguhnya dalam zaman teknologi digital ini, penguasaan ICT sangat-sangat diperlukan jika seseorang itu ingin terus bersaing dan maju dalam apa jua bidang yang diceburi.

Oleh itu saya menyeru warga sekolah untuk menggunakan laman web ini sebagai satu cara memajukan diri dalam dunia ICT bagi menghadapi era informasi teknologi agar dapat mencapai tahap teknologi pendidikan berkualiti. Warga SMKTP akan dapat mengetahui dengan jelas dan tepat setiap maklumat dan aktiviti sekolah yang sudah, sedang dan akan dilaksanakan. Semoga perkongsian maklumat ini akan dapat mengeratkan lagi hubungan dan kerjasama warga sekolah dan ahli masyarakat ke arah membina dan memperkasakan program pendidikan di sekolah ini.

Saya berharap usaha mengemaskini Laman Web SMKTP ini adalah berterusan  dan ianya dapat dijadikan sebagai satu tapak yang mudah, cepat dan tepat untuk pelajar, guru, ibu bapa dan  pihak lain mendapatkan maklumat berkenaan SMK Tanjung Pengelih. Teruskanlah usaha positif ini agar dapat membentuk budaya yang memberangsangkan ke arah mencapai Visi dan Misi sekolah. Visi sekolah iaitu ‘Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang’ dan Misi sekolah iaitu ’Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti’ pasti tercapai.

Dengan kesempatan ini, saya dan seluruh warga sekolah mengucapkan syabas dan tahniah kepada 'Team Laman Web' SMK Tanjung Pengelih atas usaha dan inisiatif mereka sehingga berjaya membentuk Laman Web sekolah ini. Sesungguhnya kesungguhan dan penat lelah mereka telah membuahkan satu hasilan yang terbaik yang dapat  dimanafaatkan penggunaannya oleh seluruh warga sekolah.

Teruskan perjuangan dan usaha dengan penuh ikhlas, jujur dan yakin. Insya-Allah usaha kita akan mendapat kerahmatan dan keberkatan dari Allah S.W.T
Sekian, terima kasih.

 

Hjh Noraaini Binti Hashim

Pengetua

SMK Tanjung Pengelih 81600 Pengerang Johor

 

 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Segala puji-pujian bagi Allah Subhanahuwata’ala dan selawat dan salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W ahli keluarga serta sahabat handai baginda.


Syukur, Alhamdulillah ke hadrat Allah Yang Maha Esa kerana dengan limpah rahmat dan izin-Nya, menjelang fajar 2010, usia masih dilanjutkan dan diberi kekuatan untuk terus memimpin SMK Tanjung Pengelih ini. Kepada semua warga SMK Tanjung Pengelih didoakan semoga tahun 2010 ini akan terus dilimpahi oleh Allah S.W.T dengan kerahmatan, kesejahteraan dan kemakmuran. Setapak melangkah ke tahun 2010 bermakna semua staf sokongan  dan guru-guru telah bertambah matang dalam meneruskan tugas untuk membangun, memaju dan memakmurkan SMK Tanjung Pengelih ini.

 

Malah dengan keizinan-Nya maka terbinalah sebuah laman web rasmi SMK Tanjung Pengelih. Dalam keghairahan kita berbicara mengenai teknologi maklumat dan komunikasi, sudah tentu kita tidak mahu ketinggalan dalam era globalisasi ini. Malah hampir saya nak bersara barulah terbina laman web ini. Apapun tahniah kepada admin di atas pengorbanan beliau menyiapkan web ini.

Justeru itu, usaha membangunkan laman web ini diharap dapat menyalurkan informasi terkini berkaitan sekolah kepada para pengunjung dengan cepat. Saya amat mengalu-alukan penyertaan semua pihak untuk berinteraksi, berkongsi idea dan bertukar-tukar pandangan serta cadangan untuk memajukan lagi SMK Tanjung Pengelih.

Sebagaimana tahun-tahun sebelumnya, ‘Kecemerlangan’ SMKTP masih menjadi fokus utama kita bagi tahun 2010 ini. Oleh itu diharapkan atas nama keIkhlasan semua guru dan Staf sokongan, sekata sepakat untuk terus terus gigih berusaha mencapai matlamat ‘KECEMERLANGAN’ dalam semua bidang kurikulum, kokurikulum dan pengurusan dan pentadbiran sekolah.

Di samping itu, untuk lebih memantapkan lagi usaha mengejar kecemerlangan , bidang kerohanian dan sahsiah pelajar diberi perhatian yang khusus demi melahirkan generasi yang murni jasmani dan rohaninya. Semai dan pupuk dalam jiwa kita untuk menjadi pendidik yang tegar, kreatif, inovatif dan berhemah. Walaupun berbagai kejayaan telah diraih pada tahun-tahun sebelumnya, usaha penambah baikan perlu diteruskan. Berpegang kepada konsep bahawa hari ini akan lebih baik dari semalam dan hari akan datang lebih baik dari hari ini dan seterusnya.

Walau bagaimanapun, kita perlu ingat dan sedar bahawa secara bersendirian , kita tidak akan meraih kejayaan. Ambillah iktibar seberkas penyapu lidi yang dapat menyapu dan membersihkan lantai dengan bersih tetapi sebaliknya bagi sebatang lidi. Oleh itu setiap individu mesti sedar dan faham tentang tanggungjawab masing-masing, sentiasa bekerjasama, kreatif dan inovatif dan ingatlah kita bekerja kerana Allah. Jauhi sikap “Pahat dengan pemukul” dan janganlah jadi “Enau dalam belukar” yang sentiasa berlumba-lumba untuk melepaskan pucuk masing-masing. Ikutlah resmi lebah dan semut bekerja. Saya amat berkeyakinan, semua pendidik dan kakitangan di SMKTP berjiwa murni. Oleh itu, sama-samalah kita menggembeling tenaga demi KECEMERLANGAN SMKTP untuk mencapai Matlamat Sekolah pencapaian ‘Top 5 “ di daerah Kota Tinggi pada tahun 2010 ini

Secara peribadi SMKTP meninggalkan Nostalgia paling manis swepanjang perkhidmatan  sebagai penjawat awam. Semangat berpasukan dan pakatan semua warga SMKTP menjadikan ia Kenangan Abadi yang tidak Mungkin dilupakan selepas bersara pada 5 Februari Tahun 2010 ini.

Teruskan Perjuangan dan usaha dengan penuh ikhlas, jujur dan yakin. Insya-Allah usaha kita akan mendapat kerahmatan dan keberkatan dari Allah S.W.T..

’TERIMA KASIH CIKGU’

’BERKHIDMAT UNTUK AGAMA BANGSA DAN NEGARA KERANA ALLAH SWT’

Sekian, terima kasih.

 

En Aswan Bin Pardi

Mantan Pengetua

SMK Tanjung Pengelih 81600 Pengerang Johor

 

 

 

 

TEMUI KAMI DI FACEBOOK

GAMBAR AKTIVITI BOLEH LIHAT DI FACEBOOK KAMI


PENGETUA TERCINTA

 

 

[ Tukar Kawasan ]
Tutup

Info Sekolah

12 OKT 2014
Program Doa Restu
Pentaksiran Tingkatan 3



13-16 OKT 2014
Pentaksiran Tingkatan 3
Semoga Berjaya Anak Pelajar!



30 OKT 2014
Anugerah WARNA
Menghargai Pelajar



02-20 NOV 2014
Program Selepas PT 3
Aktiviti Berfaedah



NOV 2014
Aktiviti Sekolah
1.PAT Tingkatan 1&2
2.Lawatan Ke LEGOLAND
3.Program Selepas Peperiksaan
4.Sehari Bersama Kolej Komuniti
5.Peperiksaan SPM

Undian

Apa Pandangan Anda Tentang Laman Web Ini?
 
Jika anda lepasan STPM, STAM atau Matrikulasi, bagaimanakah anda ingin memanfaatkan cuti sementara menunggu kemasukan ke IPT?
 

Mesej



We have 33 guests online

Jumlah Pelawat

:: PENAFIAN ::

Pihak SMKTP tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat atau bahan di dalam laman web ini. Segala bahan untuk dimuat turun (download) adalah berdasarkan kesesuaian dan keperluan.



Laman web ini sesuai dipapar menggunakan pelayar Internet Explorer 8.0 ke atas dan Mozilla Firefox 3.0 ke atas.


SMK TANJUNG PENGELIH

81600 Pengerang Johor Darul Takzim

Tel/Fax :

+607-8253610

Emel :

smktanjungpengelih@yahoo.com.my

Laman Web :

www.smktanjungpengelih.edu.my

Blog :

www.smktanjungpengelih-jea3054.blogspot.com