PEPERIKSAAN PT 3 2014
SMKTP GEMILANG!
PEPERIKSAAN SPM 2014
SMKTP CEMERLANG!

 

 

Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi SMK Tanjung Pengelih
Keputusan PMR 24 Disember 2009 PDF Print E-mail
Written by AdminSMKTP   
Friday, 18 December 2009 01:51

 

Keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) diumumkan 24 Disember ini dan semua calon boleh mendapatkan keputusan dari sekolah mulai jam 10 pagi.
Kementerian Pelajaran dalam kenyataannya berkata, calon persendirian akan menerima keputusan mereka melalui pos.
Seramai 475,182 orang calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan ini dan daripada jumlah itu, 442,611 adalah calon dari sekolah Kementerian Pelajaran. Jumlah calon swasta yang mendaftar ialah 13,561 orang manakala calon persendirian 338 orang.

 

Calon PMR SMK Tanjung Pengelih seramai 33 orang, setelah 2 bulan menanti, kini masanya hampir tiba. Khamis yang penuh debar. Semoga pelajar PMR 2009 SMK Tanjung Pengelih mendapat keputusan cemerlang dengan jayanya. YAKIN BOLEH KEMAMPUAN ANDA!

 

 
Salam Maal Hijrah 1431 PDF Print E-mail
Written by AdminSMKTP   
Thursday, 17 December 2009 00:00


Hari Awal Muharram atau Hari Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan dua peristiwa penting berlaku dalam sejarah Islam.

Pertama, memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Mekkah ke Madinah pada tahun 622 masihi, dan kedua, ia merupakan hari keagamaan
di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri. Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di Malaysia dan merupakan permulaan tahun hijrah bagi umat Islam.

Pihak SMK Tanjung Pengelih Mengucapkan Salam Maal Hijrah kepada semua umat Islam semoga Allah jadikan Subuh kita Cahaya, Zohor kita Gembira, Asar kita Bahagia, Maghrib kita Keampunan, Isyak kita Keberkatan, Doa kita Diterima, Rezeki kita Diberkati, Serta Dibuka pada kita pintu Syurga tanpa sempadan.


“Hijrah itu pengorbanan,
Hijrah itu perjuangan,
Hijrah itu persaudaraan,
Hijrah membentuk perpaduan…”



 
Selamat Tinggal SMK Tanjung Pengelih PDF Print E-mail
Written by AdminSMKTP   
Wednesday, 16 December 2009 22:36

TAHNIAH kepada 2 orang guru SMK Tanjung Pengelih yang akan berpindah iaitu Cikgu Norasliza Binti Hassan yang berpindah ke SMK Seri Alam, Pasir Gudang dan Cikgu Siti Nurul Haizan Binti Sabli akan berpindah ke SMK Sri Aman. Masing-masing ikut suami, tahniah kerana berjaya pindah dan semoga lebih bahagia di sekolah baru, bersama suami dan anak-anak. Terima kasih atas jasa bakti sumbangan anda berdua di sekolah ini.

 

Bertambahlah dan semakin panjanglah episod nostalgia kali ini, dan kepada guru ganti baru En Azhar Bin Hussin dan Pn Hamimi Binti Muhammad kami ucapakan SELAMAT DATANG dan selamat mengenali serta mencintai sekolah ini seadanya seikhlas serumpun dan menjadi komuniti Tanjung Pengelih. Gambar akan dikemaskinikan nanti. Tidak lupa kepada guru yang memohon pindah tetapi tidak berjaya, jangan kecil hati kerana jodoh kita masih kuat di sini biar badai menimpa, kuatkan semangat dan jangan putus asa kerana suatu hari nanti pasti akan tercapai niat suci anda itu.

 

Jangan lupa langgan berita dan info terbaru kepada guru-guru yang berpindah untuk sentiasa mengetahui perkembangan semasa sekolah dan juga jangan lupa untuk sertai komuniti Tanjung Pengelih di laman ALUMNI SMKTP (Facebook). Inilah wilayah komuniti anda!

 

 
Bergaya - Baju Baru Aktiviti Kokurikulum PDF Print E-mail
Written by AdminSMKTP   
Saturday, 12 December 2009 14:19

 

Tahun 2010 melangkah dengan semangat yang membara Unit Kokurikulum telah menghasilkan baju baru yang lebih bergaya, elegan dan yang pastinya cukup menggoda mampu mencairkan mata pihak luar memandang. Baju Kokurikulum kali ini menggunakan kain jersi yang mengelakkan penyerapan peluh yang banyak sesuai dengan aktiviti kokurikulum pada tahun ini.

 

Adakah dengan semangat baju baru kali ini akan meningkatkan semangat untuk kecapi kejayaan dalam setiap akiviti dan penyertaan sukan di peringkat daerah? Kita nantikan...

 

 
XPDC Tawan Gunung Lambak Rakan Muda Lepasan PMR 2009 PDF Print E-mail
Written by AdminSMKTP   
Monday, 23 November 2009 22:30

 

Guru-guru dan ibu pelajar yang berani menyahut cabaran mendaki

Gunung Lambak kau ku tawan jua akhirnya...

Pada 13 dan 14 November lalu XPDC Tawan Gunung Lambak akhirnya menjadi kenyataan dan merupakan satu sejarah SMK Tanjung Pengelih kerana inilah julung kalinya XPDC ini diadakan. Syukur semuanya selamat pergi dan balik walaupun saat pergi kami tiba pada waktu malam dan hujan lebat, namun ianya tidak melunturkan semangat kami untuk mendirikan khemah dan kami bernasib baik kerana pihak Gunung Lamabk Eco Resort, Kluang banyak memberi bantuan terutamanya En. Kamal terima kasih di atas segalanya.

 

Akhirnya Gunung Lambak berjaya kami tawan! Terima kasih atas usaha Cikgu Zulfikar menjayakan usaha hebat ini dan juga kerjasama guru yang terlibat, tanpa anda XPDC ini sukar dilaksanakan. Kepada mereka yang menjayakan XPDC ini... ANDA JUARA!

Tahun 2010 dalam perancangan untuk XPDC ke gunung lain. Gunung apa? kita tunggu dan lihat. 2010... SEJARAH AKAN TERCIPTA LAGI!

 

 
<< Start < Prev 11 12 13 14 Next > End >>

TEMUI KAMI DI FACEBOOK

GAMBAR AKTIVITI BOLEH LIHAT DI FACEBOOK KAMI


PENGETUA TERCINTA

 

 

[ Tukar Kawasan ]
Tutup

Info Sekolah

12 OKT 2014
Program Doa Restu
Pentaksiran Tingkatan 3



13-16 OKT 2014
Pentaksiran Tingkatan 3
Semoga Berjaya Anak Pelajar!



30 OKT 2014
Anugerah WARNA
Menghargai Pelajar



02-20 NOV 2014
Program Selepas PT 3
Aktiviti Berfaedah



NOV 2014
Aktiviti Sekolah
1.PAT Tingkatan 1&2
2.Lawatan Ke LEGOLAND
3.Program Selepas Peperiksaan
4.Sehari Bersama Kolej Komuniti
5.Peperiksaan SPM

Undian

Apa Pandangan Anda Tentang Laman Web Ini?
 
Jika anda lepasan STPM, STAM atau Matrikulasi, bagaimanakah anda ingin memanfaatkan cuti sementara menunggu kemasukan ke IPT?
 

Mesej



We have 89 guests online

Jumlah Pelawat

:: PENAFIAN ::

Pihak SMKTP tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat atau bahan di dalam laman web ini. Segala bahan untuk dimuat turun (download) adalah berdasarkan kesesuaian dan keperluan.



Laman web ini sesuai dipapar menggunakan pelayar Internet Explorer 8.0 ke atas dan Mozilla Firefox 3.0 ke atas.


SMK TANJUNG PENGELIH

81600 Pengerang Johor Darul Takzim

Tel/Fax :

+607-8253610

Emel :

smktanjungpengelih@yahoo.com.my

Laman Web :

www.smktanjungpengelih.edu.my

Blog :

www.smktanjungpengelih-jea3054.blogspot.com