PEPERIKSAAN PT 3 2014
SMKTP GEMILANG!
PEPERIKSAAN SPM 2014
SMKTP CEMERLANG!

 

 

Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi SMK Tanjung Pengelih
Mesyuarat Agung PIBG SMKTP Kali Ke-06 PDF Print E-mail
Written by AdminSMKTP   
Friday, 26 March 2010 13:46

Mesyuarat Agung PIBG SMKTP Kali Ke-06 telah pun selamat dilangsungkan pada 26 Mac 2010 dengan lancarnya dan cukup meriah kerana pada kali ini terdapat cabutan bertuah sebanyak 20 hamper disediakan hasil dari sumbangan persendirian. Kepada penyumbang hamper terima kasih tidak terhingga kami ucapkan.

Mesyuarat Agung PIBG telah dimulakan dengan ceramah keibubapaan oleh Ustaz Muliade Bin Umat@Bidin dan kemudiaannya di rasmikan khas oleh pegawai Unit Teknikal Vokasional PPD Kota Tinggi En Ali Bin Osman. Perlantikan ahli baru juga telah diadakan dengan melantik beberapa ibu bapa dari KDSI atas cadangan dari YDP PIBG bagi melancarkan segala uruskan yang berkaitan dengan sekolah dan PIBG.

 

 
Sambutan Maulidur Rasul SMKTP 2010 PDF Print E-mail
Written by AdminSMKTP   
Friday, 26 March 2010 13:17

Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah telah diadakan pada 26 Mac 2010 dengan penuh keinsafan dan penghayatan ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Majlis diisi dengan perarakan, bacaan Yasin, Marhaban, Bacaan Al Quran oleh En Azhar Bin Husin dan juga dendangan nasyid sekolah dari kumpulan RIJALULAKHYAR.

Jamuan juga disediakan dan kemudiannya penceramah khas dari KDSI iaitu Yang Berbahagia Mejar Wan Madzlan bin Wan Abdullah ( Pegawai KAGAT KDSI Tanjung Pengelih-Penceramah Motivasi Pagi TV3 ) memberi ceramah dan tetamu kehormat iaitu YDP PIBG Lt Kdr Isa Bin Ahmad TLDM juga turut bersama dan meluangkan masa memberi hadiah kepada pemenang kuiz Maulidur Rasul.

Semoga dengan majlis yang penuh keberkatan ini, akan memudahkan perjalanan di Padang Mahsyar di belakang Rasullullah menuju ke syurga Allah.Amin.



 
Perkhemahan Orientasi PKBM [L] Zon Selatan Di KDSI PDF Print E-mail
Written by AdminSMKTP   
Saturday, 13 March 2010 23:33

Perkhemahan Orientasi PKBM [L] Zon Selatan telah diadakan pada 12 - 15 Mac 2010. Pengalaman yang tak mampu dilupakan bagi kadet PKBM sekolah  kerana banyak input yang dapat dijadikan ilmu dan kenangan. Perkhemahan yang diadakan setiap tahun itu mendapat kerjasama dari KDSI, segala jasa baik pihak KDSI amat kami hargai dalam menjayakan segala pergerakkan unit beruniform PKBM ini.

Semoga tahun-tahun akan datang menjadikan PKBM [L] lebih cemerlang, gemilang dan terbilang. Kepada pelajar-pelajar yang menyertai orientasi kali ini, tahniah kerana berjaya jua menamatkannya tanpa ada rasa serik dalam hati. Anda memang HEBAT!

YA SEMUA YANG TERLIBAT DENGAN PKBM [L] INI MEMANG HEBAT! Sedikit kenangan yang dirakamkan semasa malam pertama orientasi. Layan...

 

 
Keputusan SPM 2009 SMK Tanjung Pengelih PDF Print E-mail
Written by AdminSMKTP   
Thursday, 11 March 2010 23:20

PENCAPAIAN SPM SMK TANJUNG PENGELIH 2005 - 2009

Hari ini 11 Mac merupakan satu debaran dalam menanti keputusan SPM 2009 SMKTP. Akhirnya debaran yang di nanti-nanti terjawab jua setelah hampir 4 bulan menunggu. Syukur keputusan SPM SMK Tanjung Pengelih pada tahun ini meningkat dari segi peratusnya, namun sedikit kecewa kerana GPS menurun yang agak tinggi.

Namun segala kita telah mencuba yang terbaik. Kepada yang berjaya TAHNIAH kami ucapkan dan yang kurang memuaskan keputusan anda, jangan putus asa kerana perjalanan hidup ini masih jauh lagi.

Kepada pelajar-pelajar lepasan SPM yang berminat ingin melanjutkan pelajaran tetapi masih tidak tahu hendak ke mana, silalah berjumpa terus dengan En. Zulfikar Amirruddin untuk sesi perbincangan dan khidmat nasihat dalam pemilihan kursus yang sesuai dengan anda demi pemilihan kerjaya anda!

 

 
Kejohanan Olahraga Mini SMKTP 2010 PDF Print E-mail
Written by AdminSMKTP   
Wednesday, 03 March 2010 23:04

03 Mac 2010 - Kejohanan Olahraga Mini SMKTP 2010 selamat diadakan dalam suasana yang cukup meriah dan berjalan dengan lancar. Tergambar kesemuan warga SMKTP cukup seronok menjayakan kejohanan kali ini.

Buat pasukan KD Jebat, TAHNIAH atas kejayaan mendapat johan keseluruhan pada tahun ini. Bagi rumah sukan yang lain, berusaha lebih lagi pada tahun akan datang. Tahniah juga pada KD Lekir atas kesungguhan mereka kerana memenangi persembahan kontijen terbaik atas undian dari 3 pihak dari KDSI.

Majulah sukan untuk SMKTP dan NEGARA!

 

 
<< Start < Prev 11 12 13 14 Next > End >>

TEMUI KAMI DI FACEBOOK

GAMBAR AKTIVITI BOLEH LIHAT DI FACEBOOK KAMI


PENGETUA TERCINTA

 

 

[ Tukar Kawasan ]
Tutup

Info Sekolah

12 OKT 2014
Program Doa Restu
Pentaksiran Tingkatan 3



13-16 OKT 2014
Pentaksiran Tingkatan 3
Semoga Berjaya Anak Pelajar!



30 OKT 2014
Anugerah WARNA
Menghargai Pelajar



02-20 NOV 2014
Program Selepas PT 3
Aktiviti Berfaedah



NOV 2014
Aktiviti Sekolah
1.PAT Tingkatan 1&2
2.Lawatan Ke LEGOLAND
3.Program Selepas Peperiksaan
4.Sehari Bersama Kolej Komuniti
5.Peperiksaan SPM

Undian

Apa Pandangan Anda Tentang Laman Web Ini?
 
Jika anda lepasan STPM, STAM atau Matrikulasi, bagaimanakah anda ingin memanfaatkan cuti sementara menunggu kemasukan ke IPT?
 

Mesej



We have 93 guests online

Jumlah Pelawat

:: PENAFIAN ::

Pihak SMKTP tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat atau bahan di dalam laman web ini. Segala bahan untuk dimuat turun (download) adalah berdasarkan kesesuaian dan keperluan.



Laman web ini sesuai dipapar menggunakan pelayar Internet Explorer 8.0 ke atas dan Mozilla Firefox 3.0 ke atas.


SMK TANJUNG PENGELIH

81600 Pengerang Johor Darul Takzim

Tel/Fax :

+607-8253610

Emel :

smktanjungpengelih@yahoo.com.my

Laman Web :

www.smktanjungpengelih.edu.my

Blog :

www.smktanjungpengelih-jea3054.blogspot.com