PEPERIKSAAN PT 3 2014
SMKTP GEMILANG!
PEPERIKSAAN SPM 2014
SMKTP CEMERLANG!

 

 

Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi SMK Tanjung Pengelih
Taklimat PT 3, SARANA, Insentif Cemerlang & Dialog Prestasi PDF Print E-mail
Written by AdminSMKTP   
Sunday, 13 July 2014 23:43

Program Pemuafakatan dilaksakana beberapa program iaitu Taklimat PT 3, Sarana Ibu Bapa, Insentif Cemerlang & Dialog Prestasi telah selamat diadakan pada 10 Julai 2014. Sambutan dari ibu bapa amat menggalakan. Mengabungkan beberapa program dalam satu hari adalah masa yang terbaik untuk pihak sekolah menyampaikan segala maklumat terbaru dalam sistem pendidikan di Malaysia. Insentif untuk pelajar yang meningkat cemerlang juga diadakan dalam membentuk semangat kepada pelajar lain untuk menjadi cemerlang juga.

 

Galeri Gambar Program Pemuafakatan

 

Semoga terlaksananya program ini akan memberikan kebaikan dan para ibu bapa dapat maklumat yang penting perubahan sistem pendidikan di Malaysia ini serta bersama dalam mencari jalan untuk mendidik dan membentuk anak-anak pelajar menjadi seoraang yang berjaya duni akhirat.

 

 
Kem Kepimpinan SMKTP PDF Print E-mail
Written by AdminSMKTP   
Saturday, 28 June 2014 23:33

Pada 25 hingga 27 Jun 2014 SMKTP telah mengadakan Kem Kepimpinan dalam membentuk sifat-sifat kepimpinan dalam diri pelajar. Kem tersebut juga telah mendapat kerjasama dari KDSI yang turut menyumbangkan khemah tentera. Pelajar-pelajar juga di ajar memimpin kumpulan mereka dalam melaksanakan aktiviti yang telah ditetapkan dengan semangat kerjasama. Ceramah Kepimpinan juga telah di sampaikan sendiri oleh Pegawai Memerintah KDSI iaitu Kept Zakaria Bin Mansur KDSI. Terima kasih tuan. Turut diadakan juga Ceramah Pencegahan Jenayah oleh pihak Polis dari Kota Tinggi.

 

Galeri Gambar Kem Kepimpinan

 

Semoga segala apa yang telah dilaksanakan dapat membentuk jiwa pelajar SMKTP menjadi seorang pemimpin yang berwibawa dan bertanggungjawab. Selamat bercuti juga. Jaga diri baik-baik semasa cuti!

 

 
Sehari Bersama PETRONAS PDF Print E-mail
Written by AdminSMKTP   
Monday, 23 June 2014 22:52

Pada 22 Jun 2014 telah berlangsung Progrm Sehari Persama PETRONAS & JPDC di SMKTP. Program pengenalan memngenai pembangunan di RAPID Pengerang. Kemudian berlangsung aktiviti menarik yang dikendalikan oleh fasilitator PETRONAS. pelajar juga kelihatan gembira dan teruja dengan kehadiran dan aktiviti yang telah dilaksanakan.

 

Galeri Gambar Sehari Bersama PETRONAS

 

Terima kasih di atas sumbangan PETRONAS kepada SMKTP. Segala jasa baik akan kami kenang. Ada rezeki datanglah lagi.

 

 
Sambutan Hari Guru PDF Print E-mail
Written by AdminSMKTP   
Friday, 16 May 2014 22:41

Sambutan Hari Guru cukup meriah dengan perlawanan Futsal Kain Pelikat. Merupakan sebahagian dari aktiviti yang dianjurkan oleh badan Pengawas SMKTP dalam meraikan Hari Guru 2014. antara aktiviti lain Bola Jaring Kain Batik, Hulur Getah dengan Mulut, Meniup Tepung, Belon Air, Siapa Paling Panjang dan tarik tali antara guru dan pelajar. Guru tewas!

 

Galeri Gambar Sambutan Hari Guru

 

Sambutan amat hebat sekali. Guru-guru amat terharu dengan segala sumbangan anak-anak pelajar dalam menjayakan majlis ini. Terima Kasih!

 

 
Motivasi Kecemerlangan NLP PT3 & SPM PDF Print E-mail
Written by AdminSMKTP   
Tuesday, 06 May 2014 22:34

Unit Bimbingan & Kaunseling telah menganjurkan program Motivasi Kecemerlangan dalam menggunakan teknik Neurolistik Linguistik Programming (NLP) pada 05 Mei 2014, dalam membantu para pelajar Tingkatan 3 & 5 didedahkan atu teknik baru dalam kehidupan mereka menggunakan teknik minda bawah sedar dalam memburu kecemerlangan.

 

Galeri Gambar Program Kecemerlangan NLP

 

Semoga dengan usaha ini dapatlah membantu para pelajar SMKTP meningkatkan kecemerlangan dalam peperiksaan penting demi masa depan mereka sendiri juga. Teruskan usaha anak-anak pelajar, yakin boleh dalam menuju kecemerlangan!

 

 
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>

TEMUI KAMI DI FACEBOOK

GAMBAR AKTIVITI BOLEH LIHAT DI FACEBOOK KAMI


PENGETUA TERCINTA

 

 

[ Tukar Kawasan ]
Tutup

Info Sekolah

12 OKT 2014
Program Doa Restu
Pentaksiran Tingkatan 3



13-16 OKT 2014
Pentaksiran Tingkatan 3
Semoga Berjaya Anak Pelajar!



30 OKT 2014
Anugerah WARNA
Menghargai Pelajar



02-20 NOV 2014
Program Selepas PT 3
Aktiviti Berfaedah



NOV 2014
Aktiviti Sekolah
1.PAT Tingkatan 1&2
2.Lawatan Ke LEGOLAND
3.Program Selepas Peperiksaan
4.Sehari Bersama Kolej Komuniti
5.Peperiksaan SPM

Undian

Apa Pandangan Anda Tentang Laman Web Ini?
 
Jika anda lepasan STPM, STAM atau Matrikulasi, bagaimanakah anda ingin memanfaatkan cuti sementara menunggu kemasukan ke IPT?
 

Mesej



We have 1 guest online

Jumlah Pelawat

:: PENAFIAN ::

Pihak SMKTP tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat atau bahan di dalam laman web ini. Segala bahan untuk dimuat turun (download) adalah berdasarkan kesesuaian dan keperluan.



Laman web ini sesuai dipapar menggunakan pelayar Internet Explorer 8.0 ke atas dan Mozilla Firefox 3.0 ke atas.


SMK TANJUNG PENGELIH

81600 Pengerang Johor Darul Takzim

Tel/Fax :

+607-8253610

Emel :

smktanjungpengelih@yahoo.com.my

Laman Web :

www.smktanjungpengelih.edu.my

Blog :

www.smktanjungpengelih-jea3054.blogspot.com