PEPERIKSAAN PT 3 2014
SMKTP GEMILANG!
PEPERIKSAAN SPM 2014
SMKTP CEMERLANG!

 

 

Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi SMK Tanjung Pengelih
Selamat Datang 2011 PDF Print E-mail
Written by AdminSMKTP   
Saturday, 01 January 2011 10:55

Tahun 2010 telah berlalu, kini 2011 menjelma. Selamat Tahun Baru 2011 pihak warga SMKTP ucapkan buat semua. semoga dengan kehadiran tahun baru ini akan memberikan anda sinar keceriaan dan mengecapi apa yang telah diazamkan. 2011, kami akan tempuhi dengan kejayaan! HEBAT MEMANG HEBAT!

 

 
Terima Kasih Cikgu Anis & Selamat Bercuti PDF Print E-mail
Written by AdminSMKTP   
Friday, 04 June 2010 22:55

Hari terakhir berkhidmat Cikgu Anis kerana menggantikan Cikgu Hamimi yang bercuti. Semoga selepas ini beliau dapat menyambung pelajarannya dan sedikit cenderahati dari pihak KEBVIRUS SMKTP buat Cikgu Anis yang disampaikan oleh Pengetua.

Kepada warga SMKTP, selamat bercuti selama 2 minggu. Sempena cuti sekolah ini, jangan lupa MODUL JOM BELAJAR yang telah diberi untuk disiapkan semasa cuti nanti. Amaran denda akan dikenakan bila tidak siap dan akan dikutip semasa hari pertama naik ke sekolah. Selamat bercuti dan selamat menjalankan amanat anda pada MODUL JOM BELAJAR.

 

 
Sambutan Hari Guru SMKTP 2010 Meriah PDF Print E-mail
Written by AdminSMKTP   
Monday, 17 May 2010 03:20

SELAMAT HARI GURU! Ucapan yang penuh makna buat guru pada setiap 16 Mei. Sambutan Hari Guru SMKTP begitu meriah sekali pada kali ini. Tergambar keriangan jelas di wajah setiap guru SMKTP. Di awal pagi majlis bermula dengan perarakan di palu alunan kompang dan perhimpunan sempena Hari Guru. Berkumandang lagu Guru Malaysia dan ikrar yang begitu asyik.

Kemudian majlis diteruskan lagi dengan sukan rakyat yang penuh gelak ketawa melihat telatah guru-guru SMKTP seperti kanak-kanak riang dapat bermain tiup tepung, naik basikal , kopek kelapa dan bermacam lagi. Setelah kepenatan, persembahan multimedia HARI GURU dan juga persembahan pelajar dari setiap kelas. Tahniah buat pelajar atas segala persembahan yang ditujukan khas untuk guru-guru. Kami semua amat menghargainya. Kenangan yang termanis pada tahun 2010.

Selesai segala persembahan, majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah beberapa kategori guru dan akhir sekali jamuan yang ditaja khas oleh Puan Pengetua tercinta kami. Terima kasih, sedap jamuannya. Tidak lupa ucapan terima kasih kami kepada En Ali dari pengurus syarikat pembersihan di sekolah ini atas sumbangan kek sempena Hari Guru. Majlis di akhiri dengan memotong kek.

SELAMAT HARI GURU BUAT SEMUA GURU!GURU ADALAH TUGASAN MULIA.

 

 
Gotong Royong Perdana PDF Print E-mail
Written by AdminSMKTP   
Saturday, 15 May 2010 14:49

Gotong Royong Perdana SMKTP mencapai objektif dengan penuh ceria dan semangat di jayakan oleh semua warga SMKTP. Penglibatan tahun ini juga sangat menggalakan dari pelajar. Demi sekolah tercinta untuk melihat sekolah lebih ceria dan bersih.

Pada awal paginya gotong royong ditumpukan pada pembersihan dan pengurusan bangunan. Kemudian selepas rehat ditumpukan pula pada penanaman pokok bagi menceriakan kawasan sekolah yang sudah semula jadi ceria. Kini bertambah cerialah SMKTP!

Terima kasih diucapkan kepada semua warga SMKTP atas kerjasama menjayakan gotong royong pada tahun ini. Semoga sumbangan anda dapat memberikan nafas baru kepada sekolah dan dibalas dengan kebaikan oleh Allah...amin.

 

 
Selamat Datang Pengetua Baru PDF Print E-mail
Written by AdminSMKTP   
Thursday, 22 April 2010 21:45

Selama datang kami ucapkan kepada Pengetua baru SMKTP iaitu Hjh Noraaini Binti Hashim yang akan mula berkhidmat bermula hari ini. Kami semua warga SMKTP mengalu-alukan kehadiran Puan untuk lebih memantapkan lagi SMKTP.

Sebelum ini beliau berkhidmat di SMK Bandar Mas sebagai Guru Penolong Kanan Pentadbiran. Majlis sambutan telah diadakan dengan ucapan khas dari Pengetua buat semua warga SMKTP yang diadakan di Dewan Kuliah Ghufah Az-Zarkashie dan kemudian sedikit jamuan khas buat Pengetua baru.

Semoga Puan Pengetua akan bersemangat dan berasa gembira dapat berkhidmat di SMKTP dengan segala pengalaman yang ada mampu membawa SMKTP menjadi sekolah yang hebat! SELAMAT DATANG KE SMK TANJUNG PENGELIH.

 

 
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>

TEMUI KAMI DI FACEBOOK

GAMBAR AKTIVITI BOLEH LIHAT DI FACEBOOK KAMI


PENGETUA TERCINTA

 

 

[ Tukar Kawasan ]
Tutup

Info Sekolah

12 OKT 2014
Program Doa Restu
Pentaksiran Tingkatan 3



13-16 OKT 2014
Pentaksiran Tingkatan 3
Semoga Berjaya Anak Pelajar!



30 OKT 2014
Anugerah WARNA
Menghargai Pelajar



02-20 NOV 2014
Program Selepas PT 3
Aktiviti Berfaedah



NOV 2014
Aktiviti Sekolah
1.PAT Tingkatan 1&2
2.Lawatan Ke LEGOLAND
3.Program Selepas Peperiksaan
4.Sehari Bersama Kolej Komuniti
5.Peperiksaan SPM

Undian

Apa Pandangan Anda Tentang Laman Web Ini?
 
Jika anda lepasan STPM, STAM atau Matrikulasi, bagaimanakah anda ingin memanfaatkan cuti sementara menunggu kemasukan ke IPT?
 

Mesej



We have 17 guests online

Jumlah Pelawat

:: PENAFIAN ::

Pihak SMKTP tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat atau bahan di dalam laman web ini. Segala bahan untuk dimuat turun (download) adalah berdasarkan kesesuaian dan keperluan.



Laman web ini sesuai dipapar menggunakan pelayar Internet Explorer 8.0 ke atas dan Mozilla Firefox 3.0 ke atas.


SMK TANJUNG PENGELIH

81600 Pengerang Johor Darul Takzim

Tel/Fax :

+607-8253610

Emel :

smktanjungpengelih@yahoo.com.my

Laman Web :

www.smktanjungpengelih.edu.my

Blog :

www.smktanjungpengelih-jea3054.blogspot.com