PEPERIKSAAN PT 3 2014
SMKTP GEMILANG!
PEPERIKSAAN SPM 2014
SMKTP CEMERLANG!

 

 

Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi SMK Tanjung Pengelih
Keputusan Permohonan Kemasukan Ke Kolej Vokasional, Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional 2012 PDF Print E-mail
Written by AdminSMKTP   
Wednesday, 04 January 2012 00:21

Kolej Vokasional / Sekolah Menengah Teknik / Sekolah Menengah Vokasional

Para pelajar yang telah mendapatkan keputusan PMR 2011 dan ada membuat permohonan memasuki Tingkatan 4 2012 ke Kolej Vokasional (KV), Sekolah Menengah Teknik (SMT) atau Sekolah Menengah Vokasional (SMV) Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) boleh menyemak keputusan permohonan mereka secara online mulai 30 Disember 2011 pukul 8.00 malam.


Sementara itu difahamkan terdapat para pelajar yang telah mula menerima panggilan telefon atau surat yang memaklumkan mereka telah berjaya mendapat tawaran samada ke KV, SMT atau SMV.

 

 

Semakan Permohonan KV SMT SMV


§ Semakan permohonan ke Tingkatan 4 KV, SMT dan SMV boleh dibuat dengan menggunakan angka giliran PMR atau nombor kad pengenalan pemohon.

§ Laman web untuk menyemak keputusan permohonan ke KV, SMT dan SMV 2012 adalah di Semakan Kemasukan Ke Kolej Vokasional, Sekolah Menengah Teknik dan Sekolah Menengah Vokasional 2012.

(NOTA : Semakan sudah boleh dibuat)

 

 


Rayuan


§ Bagi yang tidak berjaya mendapat tawaran, mereka boleh membuat rayuan.

§ Rayuan boleh dibuat terus kepada Kolej Vokasional, Sekolah Menengah Teknik atau Sekolah Menengah Vokasional yang berkenaan.

§ Keputusan rayuan tertakluk kepada kekosongan tempat yang ada setelah proses pendaftaran pelajar yang menerima tawaran.

 

Maklumat


§ Sebarang pertanyaan dan maklumat tambahan boleh diperolehi dengan menghubungi Kolej Vokasional, Sekolah Menengah Teknik / Vokasional yang berhampiran atau Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional di talian 03-8884 5154 / 5031 / 5073.

 

 
Selamat Tinggal Cikgu Zalifah PDF Print E-mail
Written by AdminSMKTP   
Sunday, 26 June 2011 22:31

Selamat tinggal Cikgu Zalifah, kenang kami dalam ingatan dan doamu. Hanya itu yang mampu diucapkan. Telah sekian lama beliau berkhidmat di sini, akhirnya beliau telah ditukarkan ke Sekolah Sukan Tengku Mahkota Ismail (SSTMI) Bandar Penawar.

 

Telah banyak jasa dan sumbangan beliau pada sekolah ini yang mungkin kini tinggal kenangan sahaja. Kehilangan kami sekali lagi guru yang hebat dan berdedikasi. Terasa kehilangannya kerana banyak pengorbanan beliau untuk sekolah tercinta ini. Hanya tuhan sahaja yang dapat membalas jasa dan budi baik Cikgu Zalifah.

 

Apapun kami ucapkan selamat bertugas kepada beliau di tempat baru semoga dapat menjalankan tugas dengan cemerlang di sana. Ada rezeki kita jumpa lagi.

 

 
Pemuafakatan Ibu Bapa, Pelancaran Mentor Mentee & Konsultasi PDF Print E-mail
Written by AdminSMKTP   
Sunday, 26 June 2011 03:43

Syukur telah selamat diadakan tiga program serentak pada Jumaat 24 Jun lalu iaitu Pemuafakatan Ibu Bapa, Pelancaran Mentor Mentee & Konsultasi. Majlis berjalan dengan lancarnya dan kehadiran ibu bapa untuk konsultasi juga sangat menggalakkan dengan 90%. Terima kasih kami ucapkan kepada semua yang terlibat terutama ibu bapa yang sanggup berkorban masa serta meluangkan diri hadir demi mengetahui perkembangan anak-anak.

 

Majlis bermula dengan tayangan multimedia Pelancaran Mentor Mentee 2011 pelajar-pelajar PMR & SPM. Kemudian diteruskan dengan pemuafakatan ibu bapa di mana En Muliade Bin Umat@Bidin sebagai penceramah. Selesai ceramah majlis diteruskan dengan ucapan Pn. Pengetua mengenai pencapaian dan sasaran sekolah pada tahun ini serta peranan ibu bapa dalam memberikan semangat kepada anak-anak mereka.

 

Majlis Konsultasi juga berjalan dengan lancarnya dan selesai tepat pukul 12 tengahari seperti yang dirancang. Kepada pelajar semua, gembirakanlah hati ibu bapa anda dengan keputusan cemerlang! Untuk melihat gambar majlis terus ke facebook kami.

 

 
Terima Kasih Cikgu Zulaiha - Jamuan Perpisahan Guru Ganti PDF Print E-mail
Written by AdminSMKTP   
Friday, 17 June 2011 20:51

Hari ini merupakan hari terakhir Cikgu Zulaiha di sini sebagai guru ganti. Terima kasih di atas sumbangan dan bakti yang telah diberikan untuk pelajar di sini. Semoga segala budi baik cikgu akan di balas dengan pahala berganda oleh Allah.

 

Terima kasih juga kepada pelajar 1 UM di atas kesungguhan mereka mengadakan majlis perpisahan ini. Makanannya memang sedap-sedap belaka hasil dari air tangan pelajar 1 UM sendiri. Anda memang hebat. Untuk melihat lagi gambar majlis ini terus ke facebook kami.

 

 
Netbook 1 Malaysia : 29 Orang Pelajar Bertuah PDF Print E-mail
Written by AdminSMKTP   
Friday, 17 June 2011 20:31

TAHNIAH! Pada 16 Jun satu majlis penyerahan Netbook telah selamat diadakan. Kepada 29 orang pelajar yang telah terpilih untuk menerima Netbook 1 Malaysia anda memang bertuah. Gunakan kemudahan yang diberikan ini sebaiknya untuk memajukan diri anda.

 

Untuk melihat gambar terus ke facebook kami.

 

 
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>

TEMUI KAMI DI FACEBOOK

GAMBAR AKTIVITI BOLEH LIHAT DI FACEBOOK KAMI


PENGETUA TERCINTA

 

 

[ Tukar Kawasan ]
Tutup

Info Sekolah

12 OKT 2014
Program Doa Restu
Pentaksiran Tingkatan 3



13-16 OKT 2014
Pentaksiran Tingkatan 3
Semoga Berjaya Anak Pelajar!



30 OKT 2014
Anugerah WARNA
Menghargai Pelajar



02-20 NOV 2014
Program Selepas PT 3
Aktiviti Berfaedah



NOV 2014
Aktiviti Sekolah
1.PAT Tingkatan 1&2
2.Lawatan Ke LEGOLAND
3.Program Selepas Peperiksaan
4.Sehari Bersama Kolej Komuniti
5.Peperiksaan SPM

Undian

Apa Pandangan Anda Tentang Laman Web Ini?
 
Jika anda lepasan STPM, STAM atau Matrikulasi, bagaimanakah anda ingin memanfaatkan cuti sementara menunggu kemasukan ke IPT?
 

Mesej



We have 30 guests online

Jumlah Pelawat

:: PENAFIAN ::

Pihak SMKTP tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat atau bahan di dalam laman web ini. Segala bahan untuk dimuat turun (download) adalah berdasarkan kesesuaian dan keperluan.



Laman web ini sesuai dipapar menggunakan pelayar Internet Explorer 8.0 ke atas dan Mozilla Firefox 3.0 ke atas.


SMK TANJUNG PENGELIH

81600 Pengerang Johor Darul Takzim

Tel/Fax :

+607-8253610

Emel :

smktanjungpengelih@yahoo.com.my

Laman Web :

www.smktanjungpengelih.edu.my

Blog :

www.smktanjungpengelih-jea3054.blogspot.com